Friday, September 21, 2007

Mengapa Amal Ibadat Di Tolak

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau,bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala amal ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama
Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji
2. Langit kedua
Bermegah dengan kebendaan - pangkat,jawatan,wang,nama,ilmu dan sebagainya
3. Langit ketiga
Takabbur - seorang yang sombong,bongkak,merendahkan orang lain
4. Langit keempat
'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri
5. Langit kelima
Hasad dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang,iri hati dan sebagainya
6. Langit keenam
Tidak bersifat rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk
7. Langit ketujuh
Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk,mencari pujian manusia

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu". Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata,maka laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

PENGAJARAN
1. Kesemua tujuh sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari ilmu dan beristighfar di samping berdoa.
2. Renungkan selama ini, setakat langit ke berapakah atau banyak manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yang telah berjaya dibawa menghadap Allah swt.
3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila mengenang pesanan Nabi saw ini, dimanakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt?
4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan sifat-sifat negatif di atas.
5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.
6. Sama ada susah atau senang,berat atau ringan,suka atau tidak itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt, namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.
7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

"YA ALLAH, JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI YANG SEDIKIT INI,AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI,JIKA ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI". AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

TINGKATKAN IBADAH KURANGKAN JUADAH

No comments: