Sunday, September 23, 2007

Pelbagai Peringkat Mengerjakan Sembahyang

Rasulullah SAW berkali-kali mengingatkan umatnya agar tidak melengahkan solat, apatah lagi meninggalkanya supaya mereka tidak dapat bencana kelak.
Namun masih ada mengingkarinya dengan alasan remeh temeh seperti tidak ada masa, tidak ada tempat atau tidak mempunyai pakaian yang bersih. Sebenarnya mereka yang benar-benar yakin akan kepentingan solat serta takut akan balasan Allah SWT kerana meninggalkannya, pasti akan melakukan yang terbaik dalam ibadat mereka.

Ada beberapa peringkat sembahyang :-

  • Orang yang tidak sembahyang langsung
  • Sembahyang orang jahil
  • Sembahyang yang tidak istiqamah
  • Sembahyang yang melayang-layang (tidak khusyuk)
  • Sembahyang "tarik tali" (separuh lalai separuh khusyuk)
  • Sembahyang yang khusyuk
  • Sembahyang para Rasul dan Nabi

Sementara itu, sembahyang orang munafik terdiri daripada perbuatan berikut :-

  • sembahyang dalam keadaan malas
  • Sembahyang dalam keadaan menipu Allah SWT
  • Sembahyang supaya orang tengok
  • Mengingati Alllah, tetapi hanya sedikit

Friday, September 21, 2007

Mengapa Amal Ibadat Di Tolak

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau,bahawa sesungguhnya setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan menghalang pahala amal ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama
Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji
2. Langit kedua
Bermegah dengan kebendaan - pangkat,jawatan,wang,nama,ilmu dan sebagainya
3. Langit ketiga
Takabbur - seorang yang sombong,bongkak,merendahkan orang lain
4. Langit keempat
'Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri
5. Langit kelima
Hasad dengki - seorang yang hasad, dengki, cemburu kejayaan orang,iri hati dan sebagainya
6. Langit keenam
Tidak bersifat rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang kepada semua makhluk
7. Langit ketujuh
Riak - seorang yang suka memperlihatkan 'amal, menunjuk-nunjuk,mencari pujian manusia

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa menghadap Allah swt. Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat "Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas dirimu". Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-mata,maka laknatkan ke atasnya". Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan bumi serta segala isinya.

PENGAJARAN
1. Kesemua tujuh sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari ilmu dan beristighfar di samping berdoa.
2. Renungkan selama ini, setakat langit ke berapakah atau banyak manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit dan yang telah berjaya dibawa menghadap Allah swt.
3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila mengenang pesanan Nabi saw ini, dimanakah dan bagaimanakah kedudukan kita di hadapan Allah swt?
4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan sifat-sifat negatif di atas.
5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.
6. Sama ada susah atau senang,berat atau ringan,suka atau tidak itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan Allah swt, namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.
7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

"YA ALLAH, JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI YANG SEDIKIT INI,AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI,JIKA ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI". AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

TINGKATKAN IBADAH KURANGKAN JUADAH

Thursday, September 20, 2007

Siapa Lelaki Soleh..?

Kriteria² Lelaki Soleh......
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi
sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri